Piagam pelanggan unit ict sekolah




Download 288 Kb.
bet2/4
Sana31.12.2019
Hajmi288 Kb.
#7265
1   2   3   4


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA UNIT ICT SEKOLAH
1. Pengerusi ICT Sekolah



    1. Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah.

    2. Mengemukan keperluan sekolah berkenaan ICT kepada PPD/JPN/KPM.

    3. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk ICT sekolah.

    4. Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah.

    5. Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.

    6. Menerima laporan dan mengadakan perbincangan dengan Penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancer.

2. Timbalan/Naib Pengerusi ICT Sekolah




    1. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk ICT sekolah semasa ketiadaan pengerusi.

    2. Membantu pengerusi ICT sekolah dalam menjalankan tugas-tugas pengerusi.

3. Penyelaras IT/ICT Sekolah





    1. Pengurus IT/ICT Sekolah

    1. Memastikan kemudahan Infrastruktur Teknologi yang diterima adalah betul dari segi kualiti dan kuantiti seperti yang terdapat dalam spesifikasi.

    2. Menyediakan inventori bagi kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan.

    3. Mengurus akaun pengguna dan e-mail.

    4. Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

    5. Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan Infrastruktur Teknologi di tempatkan.

    6. Menyediakan garis panduan/peraturan/tetacara pengunaan kemudahan Infrastruktur Teknologi.

    7. Menyediakan keperluan Infrastruktur Teknologi untuk kegunaan guru-guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya.

    8. Mengenal-pasti masalah yang timbul samada masalah yang berkaitan perkakasan. Sistem Pengoperasian Rangkaian atau perisian-perisian seperti SSMS dan TLM dan menyelesaikan masalah tersebut.

    9. Merancang pembelian bahan habis guna (consumables).




    1. Pakar Rujuk IT/ICT Sekolah

    1. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) IT/ICT sekolah.

    2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran IT/ICT dengan cara belajar sendiri atau melalui kursus/seminar/bengkel dan sentiasa mengokuti perkembangan ICT semasa.

    3. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan system aplikasi SSMS dan TLM.

    4. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menilai TLM.

    5. Memberi latihan secara ‘inhouse’ kepada masyarakat sekolah.

    6. Meningkatkan budaya IT/ICT di sekolah.




    1. Keselamatan

    1. Mencadangkan pemasangan jeriji besi di bilik yang ditempatkan banyak komputer.

    2. Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.

    3. Memastikanalat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

    4. Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat yang telah dikenal pasti.

    5. Memastikan komputer bebas dari virus.

    6. Membuat backup dan replikasi.



    1. Pengurus Laman Web

    1. Membina laman web sekolah.

    2. Memastikan kandungan betul dan terkini.


    1. Laporan

    1. Menyediakan laporan aktiviti sekolah bestari.

    2. Mendokumentasikan laporan/surat/dokumen yang berkaitan




    1. Tugas-tugas lain

    1. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan sekolah dari semasa kesemasa.




  1. Penyelaras Makmal Komputer Sekolah




                  1. Merancang reka bentuk kedudukan makmal di bawah kelolaannya.

                  2. Memastikan keselamatan dan kebersihan makmal.

                  3. Menyediakan jadual penggunakan makmal harian.

                  4. Merangka peraturan penggunaan makmal.

                  5. Menyediakan inventori peralatan makmal.

                  6. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan.

                  7. Menyemak buku stok dan inventori peralatan.

                  8. Membuat perancangan pengurusan makmal.

                  9. Menyediakan laporan tahunan pengurusan makmal.

                  10. Melapor dengan segera jika terdapat kerosakan alat-alat IT/ICT dan non IT kepada Pengetua/Guru Besar/Penyelaras IT/ICT Sekolah.



  1. Setiausaha




    1. Menyediakan dan mengedar jemputan mesyuarat ICT sekolah.

    2. Mencatat minit mesyuarat ICT sekolah

    3. Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat ICT sekolah

    4. Menguruskan fail mesyuarat ICT sekolah



  1. Bendahari




    1. Membantu Penyelaras ICT menguruskan kewangan ICT sekolah

    2. Menyimpan rekod kewangan ICT sekolah dengan kemas dan selamat.

    3. Membuat lapoan kewangan ICT setiap kali mesyuarat atau jika diperlukan oleh pihak pentadbir sekolah.

7. Juru Audit




    1. Menyemak dan memastikan laporang kewangan jawatankuasa ICT sekolah mempunyai kebolehpercayaan yang sewajarnya.

    2. Melaksanakan tugas-tugas lain sebagai juru audit jawatankuasa ICT sekolah.

    3. Mempunyai hak kebebasan dan budi bicara professional dalam membuat keputusan penyemakan laporan kewangan ICT sekolah.




  1. Jurulatih Kursus ICT (P&P)




    1. Melaksanakan kursus ICT (P&P) untuk guru-guru dan warga sekolah.

    2. Membantu Penyelaras ICT/Penyelaras Makmal Komputer merancang dan melaksanakan kursus-kursus Literasi Komputer yang sesuai untuk warga sekolah.

9. Guru Data Dan Maklumat (EMIS)




    1. Melengkapkan data dan maklumat staf seperti yang ditetapkan oleh PPD, JPN dan KPM.

    2. Memberikan maklumat yang diperlukan oleh Penyelaras ICT untuk melengkapkan Pangkalan Data Sekolah/ICT sekolah.

    3. Membuat laporan pelaksanaan aktiviti ICT sekolah jika diperlukan oleh Unit Maklumat JPN.

10. Ketua-ketua Panitia




    1. Merancang jenis kursus dalaman yang sesuai bagi meningkatkan pengetahuan ICT di kalangan guru-guru mata pelajaran berkenaan

    2. Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru.

    3. Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

    4. Menambah dan mengumpulkan koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk digital dan mudah dicapai oleh guru-guru

    5. Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.

    6. Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kemahiran ICT seperti Video, Nota Persembahan dan nota tutorial

    7. Membuat cadangan beberapa aplikasi ICT untuk kegunaan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran guru-guru



PENGURUSAN UNIT ICT SEKOLAH


  • Mengurus dan mengemaskini peralatan kategori Harta Modal dan Iventori berkaitan peralatan dan perkakasan ICT yang terdapat di sekolah.




  • Menyelaras urusan berkaitan dengan pembaikian dan servis peralatan ICT di sekolah.




  • Menyelaras urusan berkaitan dengan pelupusan peralatan/perkakasan ICT yang tidak ekonomik untuk diperbaiki atau yang diarahkan berbuat demikian.




  • Memastikan semua peralatan/perkakasan ICT yang dihantar ke sekolah memenuhi kehendak dalam borang pesanan/Invois serta berkeadaan baik dan sempurna.




  • Menyelaras sebarang kursus yang berkaitan dengan komputer dan ICT kepada semua guru dan staf sokongan.




  • Menyelaras kelas komputer dan ICT kepada para pelajar.




  • Memastikan semua rekod penggunaan komputer dan ICT sekolah diurus dengan baik dan sempurna.




  • Membantu dan memberi tunjuk ajar kepada guru menggunakan peralatan komputer dan ICT.

  • Mengawal selia penggunaan komputar dan internet di sekolah.




  • Menggalakan semua guru dan pelajar menggunakan dengan sepenuhnya kemudahan ICT.




  • Memastikan semua peralatan komputer dan ICT disimpan di tempat yang selamat dan dilengkapi dengan cirri-ciri keselamatan terkini.


CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN UNIT ICT SEKOLAH


BIL

AKTIVITI

TARIKH

TINDAKAN

1

MESYUARAT

    1. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kali Pertama

    2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Pertama

    3. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kali Dua

    4. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Dua

    5. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kali Tiga

    6. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Tiga



Januari


Januari

Mei


Mei

November


November

Setiausaha/AJK Induk

Setiausaha/AJK Kerja

Setiausaha/AJK Induk

Setiausaha/AJK Kerja

Setiausaha/AJK Induk

Setiausaha/AJK Kerja


2

PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN

    1. Preventive Meintenance

2.2 Corrective Meintenance



Dijalankan secara berkala

Dua kali setahun

Apabila berlaku kerosakan


Penyelaras ICT

Juruteknik yang dilantik

Penyelaras ICT




3

KURSUS/LATIHAN KEPADA GURU

    1. Kursus Pembinaan Bahan Persembahan

    2. Kursus Aplikasi Frog VLE

    3. Kursus Penggunaan Apps Online

    4. Kursus Pembinaan Video Tutorial

Februari


Mac

Mac


April

Penyelaras ICT

Penyelaras ICT

Penyelaras ICT

Penyelaras ICT


4

KELAS KOMPUTER KEPADA PELAJAR

4.1 Melibatkan pelajar Ting 1 dan Ting 2


Februari - November


Penyelaras ICT




5

PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DALAM P&P

    1. Melibatkan Mata pelajaran utama bagi pelajar Ting 5 dan Ting 3

Mac - November


Guru-guru mata pelajaran utama Tahap 2




6

PERTANDINGAN DAN KUIZ

    1. Kuiz ICT

    2. Pertandingan mencipta Poster

    3. Pertandingan Mencipta Video Powtoon



Ditentukan mengikut kesesuaian dan keadaan


Jawatankuasa Kerja ICT





CARTA ALIRAN LAPORAN KEROSAKAN PERALATAN ICT

PERALATAN ICT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA GURU DALAM KEADAAN BAIK DAN SEMPURNA UNTUK DIGUNAKAN


SENARAI HARTA MODAL MAKMAL KOMPUTER



SENARAI HARTA MODAL PPSMI

Download 288 Kb.
1   2   3   4




Download 288 Kb.