Sekilas Sistem Operasi Windows XP
Windows XP adalah salah satu dari sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft. Akronim XP adalah kepanjangan dari kata eXPerience (pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP dikenal dengan nama kod Whistler sebuah nama tempat percutian kebanyakan anak buah Microsoft semasa pembangunannya yaitu di Whistler, British Columbia, Canada.
Dikeluarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada Windows 2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna pertama yang dibina berdasarkan teknologi inti Windows NT. Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.
Windows XP sangat dikenali karena reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil yang pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina berdasarkan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian (dan seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi pengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh bagian-bagian cetak rompak.
Sejarah pembangunan Windows XP bermula sejak dari proses pembangunan Windows 2000 yang asalnya dibina untuk menggantikan Windows NT 4.0 dan Windows 98, walau bagainamanapun, rancangan tersebut telah diubah apabila Microsoft melancarkan Windows 98 SE. Pada tahun 1999, Microsoft mula membangunn Windows Neptune sebagai versi pengguna rumah bagi Windows 2000. Walau bagaimanapun, projek Neptune tersebut dibatalkan dan digantikan dengan Windows Me, yaitu sistem pengendalian keluarga Windows 9x yang terakhir. Projek Neptune tersebut kemudiannya digantikan dengan projek Whistler yang seterusnya membentuk Windows XP.
Windows XP dilancarkan pada 25 Oktober 2001, dan sejak dari itu dua pak servis telah dilancarkan. Pak servis ketiga (Windows XP SP3) masih dalam peringkat pembangunan.
Secara umumnya, Windows XP terdiri dari dua versi utama, yaitu:
Windows XP Home Edition - versi yang ditujukan kepada pengguna rumah.
Windows XP Professiona - versi yang ditujukan untuk kegunaan perniagaan dan pengguna komputer berkuasa tinggi. Windows XP Professional mengandungi ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada versi Home Edition.
Selain itu, terdapat edisi khas Windows XP yang dibina untuk beberapa jenis komputer khusus, yaitu:
Windows XP 64 - bit Edition - untuk komputer stasiun kerja yang menggunakan pemrosesan Intel Itanium.
Windows XP Professional x64 Edition - untuk komputer dengan pemproses 64-bit
Windows XP Media Center Edition - untuk komputer pusat media. Pusat media adalah komputer khas yang turut dilengkapi stasiun siaran televisi dan radio serta berbagai ciri-ciri lain. Edisi ini tidak dijual terpisah tetapi disertakan dengan komputer pusat media tersebut.
Windows XP Tablet PC Edition - untuk komputer riba khas yang dikenali sebagai PC tablet. Tidak seperti komputer riba biasa, PC tablet menggunakan sistem pengecaman tulisan pengguna dan pengguna "menulis" menggunakan pen stylus pada skrin yang sensitif dengan pen tersebut. Seperti pusat media, edisi PC tablet tidak dijual terpisah dan disertakan dengan pembelian PC tablet tersebut.
Windows XP Embedded - sistem pengendalian terbenam bagi peralatan elektronik pengguna khusus seperti mesin ATM, piranti pengobatan, permainan arked, terminal penjualan serta komponen VoIp.
Windows Fundamental for Legacy PCs - ditujukan pada bilangan kecil pengguna khusus Microsoft Software Assurance yang ingin menggunakan Windows XP tetapi hanya mampu memiliki komputer lama (awal zaman pemproses Pentium).
7
|