i. Pembersihan ruang storan cakera keras (Disk Cleanup)
Ruang storan di dalam cakera keras di dalam PC memerlukan penyenggaraan dari segi pembersihan ruang tersebut dari fail-fail sementara yang tidak digunakan dan juga fail-fail yang tidak diperlukan lagi. Di samping dapat mengurangkan penggunaan ruang storan hard disk, ia juga dapat mempertingkatkan keupayaan sesebuah PC setelah fail-fail berkenaan dihapuskan. Contoh fail-fail yang akan dihapuskan (delete) ialah fail yang mempunyai extension seperti .tmp, .bak.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti bagi membersihkan ruang storan hard disk :-
Untuk memilih Disk Cleanup :-
Klik : All Programs Accessories System Tools Disk Cleanup>
Paparan di bawah akan wujud pilih drive yang ingin dibersihkan
Klik OK untuk memulakan proses semakan
Proses semakan oleh Disk Cleanup sedang dilakukan. Tunggu sehingga skrin seperti rajah berikutnya dipaparkan bagi memulakan proses seterusnya.
Buat pilihan ruang storan yang hendak dibersihkan. Anda dikehendaki menandakan fail-fail yang hendak dibersihkan. Adalah disyorkan agar semua fail yang telah dikenalpasti dibersihkan supaya keupayaan (perfomance) PC dapat dipertingkatkan.
Klik OK untuk memulakan proses pembersihan.
Klik Yes bagi meneruskan proses pembersihan.
Proses pembersihan sedang dijalankan dan pengguna hanya perlu menunggu sehingga proses tersebut selesai.
Nota : Lakukan juga proses ini pada Local Disk D: (jika ada)
Check Disk
Kegunaannya adalah bagi mengesan kerosakan pada cakera dan membaiki fail yang rosak.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti bagi memilih proses Check Disk :-
Untuk memilih Check Disk :-
Buka My Computer > pada Local Disk C: klik kanan tetikus > dan pilih Properties
Pilih tab Tools maka proses berikutnya akan dipaparkan
Klik pada butang Check Now
Tandakan pada ”Automatically fix file system errors” dan ”Scan for and attempt recovery of bad sectors”.
Klik butang untuk memulakan proses tersebut.
Klik Yes
Restart PC (Secara manual)
Nota : Lakukan juga proses ini pada Local Disk D: (jika ada)
Disk Defragmenter
Kegunaanya adalah untuk menyusun kembali fail-fail supaya ia mudah, lebih laju dan efisyen untuk dicapai. Proses ini mengambil masa yang lama bergantung kepada saiz cakera keras dan kekerapan pengguna melakukan proses defragment.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti bagi proses Disk Defragmenter :-
Untuk memilih Disk Defragmenter:-
Klik : All Programs Accessories System Tools Disk Defragmenter>
Klik butang bagi menganalisa keperluan Disk Defrgamenter
Analisa keperluan Disk Defragmenter
Skrin berikut akan dipaparkan setelah fungsi Analyze ini selesai. Laporan analisa akan dijana setelah selesai proses analisa.
Bagi melakukan proses Disk Defragment
Klik butang Defragment dan tunggu proses ini sehingga selesai.
Skrin Analyze
Skrin Analysis Report
Skrin Proses Defragment sedang dilakukanan
Skrin proses defragment telah tamat
Klik close
Nota : Lakukan juga proses ini pada Local Disk D: (jika ada)
|